| Utusan Malaysia ( Terkini ) 11-2-2008 (Isnin)
PULAU PINANG 10 Feb. – Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersedia bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12 dan telah mengemukakan tiga nama pemimpin negeri kepada Perdana Menteri untuk menggantikannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau membuat pengumuman itu pada satu majlis Tahun Baru Cina di sini hari ini.
Tsu Koon, 59, merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1990. Beliau kini memangku jawatan Presiden Parti Gerakan. |